Pada
asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Ayat merupakan unit paling besar
manakala fonem ialah unit paling kecil. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang
terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini kesesuaian dengan sifat fonem
yang memang boleh diasing-asingkan antara satu dengan yang lain. Sebagai
contohnya, perkataan ‘pitam’ boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang
lebih kecil atau lima fonem yang berasungan iaitu /p/, /u/, /l/, /a/ dan /u/. Unit-unit terkecil ini tidak mempunyai
makna jika diletakkan secara berasingan. Sebaliknya, jika salah satu daripada
unit terkecil atau fonem itu digantikan dengan satu fonem yang lain, maka
perkataan itu akan berubah. Misalnya, jika fonem /u/ pada perkataan ‘pulau’
tersebut digantikan dengan satu fonem yang lain akan menghasilkan perkataan
/pulas/ , /pulai/ , dan /pulang/. Keadaan ini menunjukkan bahawa fonem
mempunyai fungsi distingtif, iaitu fonem berperanan dalam membezakan dan
mengubah makna perkataan.
Maksud yang lain bagi fonem ialah
unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. Fonem
juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai lambing asas
yang sama, yang berbeza hanyalah lambing-lambang diakritiknya. Tegasnya, fonem
ialah unit pada tingkat bunyi yang distingtif, iaitu sifat bunyi yang mampu
membezakan makna bagi sesuatu kata.
Kedua-dua fonem vokal dan konsonan
bahasa Melayu berperanan dalam membezakan makna. Konsonan dan vokal menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai
bunyi yang saling berkaitan. Ahli fonologi berminat dengan bunyi-bunyi vokal
dan konsonan serta simbol-simbol fonetik yang digunakan untuk
menggambarkannya. Huruf-huruf vokal dan
konsonan digunakan bagi melambangkan
bunyinya tetapi suatu simbol yang jelas diwujudkan bagi menghilangkan kekaburan
dan kekeliruan dalam penulisan dan percakapan.
Fonem
Vokal
Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu
standard, iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan /ә/ dan penyebarannya adalah
seperti yang berikut:
Huruf
|
Fonem
|
Penggunaan
Fonem Vokal
|
||
|
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
a
|
/a/
|
/awa?/
/aku/
|
/cakap/
/gagap/
|
/mana/
/pula/
|
e
|
/e/
|
/ena?/
/ekor/
|
/leher/
telen
|
/tauge/
/ole-ole/
|
i
|
/i/
|
/ikat/
/iman/
|
/pilih/
/gigih/
|
/tuli/
/tari/
|
o
|
/o/
|
/oleh/
/oraŋ/
|
/bohoŋ/
/toloŋ/
|
//pidato/
/solo/
|
u
|
/u/
|
/ubat/
/ular/
|
/bulat/
/pulut/
|
/sudu/
/palu/
|
e
|
/ә/
|
/әmak/
/әmpat/
|
/pәnat/
/tәpat/
|
/nasionalismә/
/mekanismә/
|
Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua
fonem, iaitu:
a) fonem
e pepet yang ditulis secara fonetik /ә /
b) fonem
e taling yang ditulis secara fonetik /e/
Penutur
bahasa Melayu lazimnya dapat membezakan dua sebutan tersebut dan dapat
menggunakannya dengan betul. Selain itu, /ә/ juga sering digunakan bagi
menggantikan bunyi vocal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/.
Fonem
Konsonan
Dalam
bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Boleh dikatakan hampir setiap
huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem dan ini menjadi salah satu faktor bahasa
Melayu itu mudah dipelajari, iaitu disebabkan sistem fonologinya yang juga
mudah. Jadual yang berikut memperlihatkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh
penggunaannya dalam perkataan.
Huruf
|
Fonem
|
Penggunaan
Fonem Konsonan
|
||
|
|
Awal
|
Tengah
|
Akhir
|
b
|
/b/
|
Batuk
|
lambat
|
sebab
|
c
|
/č/
|
Cantik
|
benci
|
Mac
|
d
|
/d/
|
Datuk
|
ladang
|
abad
|
g
|
/g/
|
Gagal
|
ligat
|
monolog
|
h
|
/h/
|
Hapak
|
sahabat
|
telah
|
j
|
/ĵ/
|
Jamu
|
sejuk
|
garaj
|
k
|
/k/
|
Kilas
|
sakit
|
tapak
|
l
|
/l/
|
Lama
|
Melayu
|
kebal
|
m
|
/m/
|
Manis
|
taman
|
sekam
|
n
|
/n/
|
Nanti
|
tanda
|
makin
|
ng
|
/ŋ/
|
Nganga
|
tangkup
|
belang
|
ny
|
|
Nyanyuk
|
senyap
|
-
|
p
|
/p/
|
Panas
|
papan
|
kudup
|
r
|
/r/
|
Rasa
|
arus
|
luhur
|
s
|
/s/
|
Senak
|
ansur
|
deras
|
t
|
/t/
|
Tamat
|
pantun
|
sukat
|
w
|
/w/
|
Warisan
|
sawah
|
takraw
|
y
|
/j/
|
Yuran
|
wayang
|
-
|
Konsonan Pinjaman
Terdapat
lapan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Konsonan ini berasal daripada
bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur
bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan
Melayu juga. Berikut merupakan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh
penggunaannya dalam perkataan.
Huruf
|
Fonem
|
Contoh
Penggunaan
|
f
|
/f/
|
filem
|
v
|
/v/
|
variasi
|
th
|
/ө/
|
mithal
(misal)
|
dh
|
/ð/
|
dharab
(darab)
|
z
|
/z/
|
zaman
|
sy
|
/š/
|
mesyuarat
|
kh
|
/x/
|
khat
|
gh
|
/
|
ghaib
|
PROSODI
DAN SUPRASEGMENTAL
Pengertian
Prosodi dan Suprasegmental :
Definisi prosodi sangat luas, bergantung
kepada cara ia berperanan dalam bahasa. Dalam
linguistik prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi
bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan
melalui simbol tulisan.
Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang
berkaitan dengan intonasi dan rima.
Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan
nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang
dilafazkan
Dalam
tulisan tanda baca seperti tanda
noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal dan
sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan
tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula kita menggunakan
bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan
perhatian pendengar.
Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran
peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara
keseluruhan.Bunyi-bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan
segmental.
Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah
tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri
prosodi.
Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran
seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya dipanggil ciri-ciri
suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang
dikongsi bersama.
Sesetengah ahli bahasa menganggap
kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan segmental
seperti fonetik dan fonologi
Ciri-ciri prosodi yang digunakan untuk
menandakan ujaran adalah seperti berikut:
a)Tekanan
Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang
diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.
Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu
maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.
Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut
perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat tertentu,
terutama pada suku kata dengan tujuan untuk menandakan keras atau lembut
sesuatu pengucapan.
Lambang bagi tekanan ialah [ ‘ ]. Misalnya
[bu’dak], [ker’tas], [me’ja] dan lain-lain.
Dalam bahasa
Melayu tekanan tidak membezakan bunyi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.
Tujuan tekanan adalah untuk:
i. menyedapkan percakapan atau
bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog ii. menandakan tempat atau aspek yang perlu
diberi perhatian.
b)
Intonasi
dan nada
Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi
atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut sebagai variasai nada
ketikabertutur
Dalam bahasa Melayu intonasi berperanan dalam
menetukan jenis ayat yang diujarkan.
Ayat penyata/berita mempunyai intonasi
menurun pada bahagian akhir ayat, sementara ayat tanya intonasinya meninggi
pada akhir ayat.
Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran
ialah:
i.
Intonasi manaik – bermakna nada suara
dinaikkan mengikut masa
ii.
Intonasi menurun – bermakna nada suara diturunkan mengikut masa
iii.
Intonasi puncak – bermakna nada suara
daripada naik kepada turun
iv.
Intonasi ‘dipping’ – bermakna nada suaara
daripada turun kepada naik
Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh
angka seperti berikut:
Angka 1 – menunjukkan nada yang paling rendah
Angka 2 – menunjukkannada permulaan ujaran
Angka 3 – menunjukkan nada tekanan dalam ujaran
Angka 4 – menunjukkan nada yang paling tinggi
Dalam bahasa Melayu nada tidak bersifat
fonemik sebagaimana dalam bahasa Cina, sebagaimana contoh berikut:
ma 1 -- bererti kuda
ma 2 – bererti emak
ma 3 – bererti jerami
ma 4 – bererti marah
c)Tempo
Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat
sesuatu percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu. Ia berlaku
kerana sesorang itu berhadapan dengan situasi yang menghendaki dia melafazkan
ujaran sedemikian rupa.
Contohnya apabila sesorang membuat ulasan
selari sesuatu pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran
yang padat dalam tempoh yang singkat.
Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan
kepada sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan perhatian.
d)
Rima
Rima terhasil daripada penggunaan pola
tekanan,tempo dan nada. Secara formal rima terdapat dalam bidang puisi dan
muzik. Namun dalam pertuturan biasa juga ada rima, cuma kuarang diberi
perhatian. Malah ahli bahasa mengatakan semua ujaran ada rima. Contohnya
apabila ujaran itu diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama.
e)
Mora
Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk
kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam
bahasa Arab.
Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut
mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah
mora.
Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan
dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
f)
Jeda
Jeda disebut ‘persendian’. Unsur jeda
digunakan untuk memisahakan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan
ayat.
Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan
sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat
berikut:
i.
[= saya minum susu lembu =]
(Bermakna
orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)
ii.
[= saya minum susu = lembu]
(Bermakna orang yang bercakap itu memberitahu orang
yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu)
Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau
perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan
makna. Contohnya:
Berikan: ber + ikan (bermaksud mempunyai
ikan)
beri + kan (bermaksud
menyerahkan)
RUJUKAN
Norhashimah
Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti
Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.